Sexy, Free & Single

Thursday, 17 January 2013

Pembangunan Akademik Sukan


PEMBANGUNAN AKADEMIK SUKAN: PEMANGKIN INDUSTRI SUKAN DI MALAYSIA
-       Industry sukan negara telah menjadi semakin pesat dan lebih menyeluruh.
-       Menjadikan Malaysia sebagai titik tumpu atau ‘hub’ sukan di rantau.
DEFINASI INDUSTRI SUKAN
-       Status sukan sebagai satu prospek industry tempatan.
-       Di Amerika Syarikat nilai industry telah meningkat naik dengan jumlah pendapatan bernilai USD152 bilion mengatasi industry automotif dan petroleum.
-       Ming Li, Hofacre, & Mahony, 2001: Industri sukan adalah terdiri daripada organisasi-organisasi yang mempunyai fungsi dan focus utamanya kepada sukan atau perkhidmatan kepada organisasi sukan.
-       Brooks 1994: mengatakan bahawa Industri Sukan terdiri daripada “sekumpulan perusahaan yang menghasilkan barangan atau perkhidmatan sukan berdasarkan pengkhususan kerja dan melibatkan kepakaran individu yang semakin berkembang untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan sukan yang berkesan.
-       Mengikut Mullin 1980, industri sukan menawarkan permainan ‘packaged’ atau acara kepada penonton atau pengguna yang lain.
-       Juga menawarkan bantuan perkhidmatan am, kawalan dan publisiti kepada organisasi yang lain.
-       Beberapa perkara yang membezakan industri sukan dari industri konvensional:
·         produk industri sukan mempunyai jangkahayat pendek dan diguna pada masa itu.
·         Sangat terhad.
·         Sukar mengawal kualiti dan konsistensi produk industri sukan.
·         Sangat bergantung kepada elemen kemanusiaan.
·         Bermotifkan komersial dan keuntungan, matlamat sebenar lebih bersifat bukan keuntungan.
·         Elemen luaran sangat diambil berat misalnya, cuaca.
NILAI DAN SEGMENTASI INDUSTRI SUKAN TEMPATAN
-       Merupakan suatu sektor yang mempunyai pembahagian yang banyak.
-       Konsep Rakan Sukan menggabungkan persefahaman dan kerjasama intim antara pihak kerajaan,sektor swasta, persatuan dan peminat sukan ke arah kecemerlangan sukan.
-       Nilai impak pengganda sukan adalah infiniti.
-       Meek 1997, mencadangkan supaya industri sukan dipecahkan kepada tiga sektor utama:
·         Hiburan sukan dan rekreasi
·         Produk, rekaan dan perkhidmatan sukan
·         Organisasi sukan sokongan
-       Sistem perhubungan yang canggih dan kewujudan Koridor Raya Multimedia membantu menjadikan Malaysia pilihan lokasi penganjuran sukan antarabangsa.
-       Sektor pelancongan sukan semakin berpotensi menjana pendapatan dan menjadi bukti kukuh sumbangan terhadap ekonomi negara.
-       Konsep ‘global village’ dan kemudahan internet menyebabkan pengguna menjadi lebih peka terhadap status sukan antarabangsa.
-       Konsep taman tema menjadikan keadaan ekonomi negara yang stabil dan meyumbang kepada kuasa membeli pengguna serta keinginan peugguna.
-       Sektor pembuatan dan pengagihan produk sukan menjadikan Malaysia sebagai pelabuhan `entreport' dan syarikat pengeluar dan pengilang barangan.
-       Sektor yang ketiga organisasi sukan sokongan.
-       Sektor ini dipecahkan kepada tiga sektor lagi iaitu Sukan Amatur, Sukan Profesional serta Persatuan dan Kelab Rekreasi.
-       Melalui penggubalan Akta Pembangunan Sukan 1997 iharapkan pengurusan serta pentadbiran sukan negara akan lebih profesional dan mantap.
-       Impak Ekonomi termasuklah segala aktiviti ekonomi secara langsung dan tidak langsung dan terhasil dari wang baru
PERSEDIAAN AKADEMIK SUKAN DI MALAYSIA
-       Sukan adalah sebahagian dari agenda modenisasi negara.
-       Dasar Sukan Negara menggariskan bahawa pembangunan sukan negara adalah sebagai sebahagian usaha regenerasi sosial dan ianya mestilah seiring di antara pembangunan sukan elit dan sukan massa.
-       Dari perspektif Chelladurai (1986), pengurusan merangkumi empat fungsi pentadbiran:
·         Perancangan
·         Text Box: Prinsip POLEPengendalian
·         Pentadbiran melalui kepimpinan
·         Penilaian
-       Pemakaian dan penyesuaian konsep pengurusan konvensional kepada suasana unik dan khusus sukan.
-       Pengurusan sukan yang sebelumnya biasa dilakukan secara ad hoc.
-       Pengurusan sukan menurut Parks dan Quarterman (2003) wujud dalam dua bentuk:
·         Bentuk kerjaya profesional
·         Bidang akademik
-       Contoh yang nyata mengenai tumpuan yang diberikan kepada persediaan akademik ini di Malaysia ialah peruntukan perundangan di dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 dalam Seksyen 7 Bahagian II.
SEJARAH PERKEMBANGAN DISIPLIN PENGURUSAN SUKAN
-       Banyak dipengaruhi oleh perkembangan bidang di negara-negara maju sperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah dan Asia.
-       Malaysia banyak mengalami prose asimilasi sukan asing dan kesediaan untuk menganggap serta menerima sukan itu sebagai milik sendiri.
-       Di Amerika Syarikat, inspirasi untuk suatu kurikulum khusus tentang Pengurusan Sukan dapat dikesan seawal 1957
-       Walter O’ Malley, pemilik pasukan besbol Los Angeles Dodgers waktu itu menulis kepada James Mason, seorang pendidik di Universiti Ohio.
-       Universiti Ohio memulakan program pengurusan sukan di peringkat Sarjana yang merupakan program yang pertama sekali di Amerika Syarikat.
-       Hampir 30 tahun, Malaysia, Universiti Malaya telah memulakan program akademik di Pusat Sukan dengan tiga jurusan pengkhususan:
·         Pengurusan Sukan
·         Psikologi Sukan dan Kejurulatihan
·         Fisiologi Sukan dan Terapi Atlit
-       Program 1995 merupakan yang pertama di Malaysia.
-       Program dan kurikulum Sains Sukan di Universiti Malaya telah direka khusus untuk memenuhi kehendak dan keperluan pasaran tempatan.
PEMAHAMAN TUGAS, KEMAHIRAN ASAS, SERTA PERANAN PERSEDIAAN AKADEMIK DAN PELUANG KERJAYA DALAM PENGURUSAN SUKAN
-       Terdapat 4 kelompok tugas dan tanggungjawab
·         Tugas pengurusan umum
·         Tugas pengurusan organisasi
·         Tugas pengurusan informasi
·         Latihan dan sains sukan
-       Tugas pengurusan yang umum adalah di mana semua pengurus sukan harus sekurang-kurangnya faham dan dapat melaksanakannya.
·         Mempromosikan dan menawan hati pengguna/penonton
·         Menjadikan sesuatu yang lumrah terutama kepada pengurus organisasi atau acara sukan yang bermotifkan keuntungan.
-       Tugas-tugas lain
·         Kesinambungan dari kelompok tugas pengurusan umum.
·         Lebih menjurus kepada kepakaran di dalam bidang-bidang yang tertentu.
-       Pengurusan informasi
·         Kemahiran berkomunikasi secara bertulis dan lisan.
·         Pengamal bidang mendapat, mengkaji, menyuai-padan, menyimpan, mengeluarkan, menyusun dan menyebarkan maklumat mengenai sukan.
·         Kini, berkebolehan mengendalikan dan memproses data dengan menggunakan teknologi komputer dan internet.
-       Langkah pertama yang harus diambil oleh bakal pengurus sukan ialah
·         Memilih suatu program akademik yang dapat  memenuhi segala keperluan asas.
-       Program sarjana muda sains pengurusan sukan merangkumi 3 komponen utama:
·         Kursus Pengkhususan
·         Kursus Pengajiaan/Pendidikan Umum
·         Latihan Amali dan Industri
-       Di Amerika Utara, taraf program akademik Pengurusan Sukan telahpun ditentu, diselaras dan dipantau melalui suatu dokumen pemantauan akreditasi.
-       Kandungan kursus mempunyai kaitan secara langsung dengan sukan di dalam 10 bidang atau dimensi:
·         Dimensi tingkah laku (behavioral dimension) seperti sosiologi sukan, psikologi sukan, falsafah dan sebagainya.
·         Etika 
·         Pemasaran
·         Komunikasi
·         Skil penyeliaan (organizational skills)
·         Pengurusan
·         Ekonomi
·         Perundangan
·         Pentadbiran
·         Latihan amali (Standards for Curriculum and Voluntary Accreditation of Sport Management Education Programs, 1993).
-       Di malaysia, masih belum ada usaha-usaha oleh mana-mana pihak untuk mengenal pasti kandungan asas kursus yang ditawarkan oleh program akademik sukan, seterusnya menetap tahap atau taraf keperluan minima.
-       Proses ini terbahagi tiga:
·         Fasa 1 meliputi pengukuhan asas teori pengetahuan (kajian, penyelidikan, program akademik yang diiktiraf dan sebagainya).
·         Fasa 2 merangkumi sub-budaya yang tersendiri (termasuklah proses sosialisasi, latihan pengembangan/pembangunan, kerjaya sepenuh masa, wujudnya persatuan profesional yang mewakili serta memantau profesion/kerjaya tersebut, wujud kod etika kerjaya).
·         Fasa 3 merangkumi penerimaan dan pengiktirafan oleh masyarakat.
-       Parks dan Quarterman (2003) merumuskan bahawa terdapat tiga cabaran utama yang harus diatasi oleh pengurus sukan.
·         Segi teknologi
·         Etika
·         Tanggungjawab sosial
-       Teknologi
·         Mempermudahkan kerja dan menjimatkan masa serta wang ringgit.
·         Mencapai kemajuan dalam sukan.
·         Mengekalkan kesedaran tentang pentingnya interaksi manusia di dalam kehidupan seharian.
-       Etika
·         Teknologi yang terlalu canggih menimbulkan kesukaran.
·         Kekeliruan untuk menggunakannya secara beretika dan dengan tidak menyalahi perundangan.
·         Nilai-nilai moral dan etika harus diambil kira bersama dengan keputusan mengenai penggunaan teknologi.
-       Tanggungjawab sosial
·         Pengurus akan menjadi lebih peka terhadap suasana sekelilingnya dan akan menjalankan tugas-tugas yang akan memperlihatkan kepekaan baliau.
·         Pengurus sukan harus sensitif dengan keseimbangan ekologi dan tuntutan masyarakat umum.
PENUTUP
-       Industri sukan memerlukan perancangan yang tepat lagi berkesan dalam memajukan disiplin pengurusan sukan selari dengan halatuju, misi dan visi negara.
-       Pengurusan sukan profesional memerlukan kemahiran dan pengetahuan dalam bentuk kelayakan ikhtisas, di samping pengalaman sukan secara khusus.