Class: PPISMP PJ(B)
SEM 2
HARUSKAN DATO’ LEE CHONG WEI
DIKEKALKAN SEBAGAI JAGUH BADMINTON PADA OLIMPIK 2016?
Pada pendapat saya, sebagai seorang jaguh
badminton yang hebat, Dato’ Lee Chong Wei perlu dikekalkan untuk menyertai Olimpik
pada tahun 2016. Beliau telah mengharumkan nama negara dengan memenangi pelbagai
pingat emas dan perak dalam acara badminton. Hal ini dapat dibuktikan apabila beliau
telah mendapat pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2012 yang dilangsung di
London. Hal ini sekaligus membantu negara meningkatkan ekonomi negara apabila masyarakat
luar memasuki negara kita untuk melihat sendiri kehandalan Dato’ Lee Chong Wei.
Selain itu, pengekalan Dato’ Lee Chong
Wei pada olimpik yang akan datang akan membantu negara melahirkan lebih ramai jaguh-jaguh
badminton. Kejayaan beliau akan memberi semangat kepada masyarakat yang
meminati acara badminton ini untuk terus berusaha dalam memenangi segala pertandingan. Hal ini demikian dapat membantu masyarakat melatih diri sebagai
pemain badminton yang handal dan berdisiplin.
Olehitu, pengekalan Dato’ Lee Chong
Wei sebagai jaguh badminton perlu dikekalkan demi nama baik negara dan membantu
melahirkan jaguh-jaguh badminton yang lebih ramai di negara kita sekaligus membantu
meningkatkan ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment